Kumpulan Terakhir Jemaah Haji M'sia Selamat Kembali

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 351 orang termasuk 30 petugas Lembaga Tabung Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis menerusi pesawat MH821.

Mereka yang tiba pada pukul 2 petang disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Abi Musa Asa'ari berkata kepulangan kumpulan terakhir itu menandakan tamatnya operasi haji tahun ini yang secara keseluruhannya berjalan lancar.

Bagaimanapun tujuh jemaah masih dirawat di hospital di Mekah dan Madinah akibat pelbagai masalah kesihatan dan hanya akan dibawa pulang setelah dibenarkan pihak hospital, katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan para jemaah di sini.

Menurutnya, pada musim haji kali ini seramai 54 jemaah meninggal dunia di Tanah Suci berbanding lebih 70 orang tahun lepas.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah Dr Wan Mansor Hamzah berkata kesihatan para jemaah tahun ini adalah lebih baik berbanding sebelum ini berkemungkinan kerana cuaca yang tidak jauh berbeza seperti di Malaysia serta keprihatinan jemaah terhadap kesihatan diri masing-masing.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata masih terlalu awal untuk Tabung Haji mengumumkan sama ada berlaku kenaikan kos menunaikan haji pada masa akan datang berikutan pembesaran Masjidil Haram.

"Jika ada kesan mungkin pada kos penginapan jemaah. Jadi, kita akan kaji setakat mana bayaran yang akan dikenakan kepada jemaah dan setakat mana kita mampu menanggung subsidi itu.

"Ketika ini kos menunaikan haji untuk jemaah muassasah hanya RM9,980, sedangkan kos sebenar RM15,510. Bermakna Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM5,170 untuk setiap jemaah kali pertama," katanya.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji Muhamad Azim Ayub yang ditemui merasa bertuah kerana dapat menunaikan haji pada usia lapan tahun bersama ibu bapanya.

"Cabaran yang agak sukar apabila nak melontar kerana terpaksa berjalan jauh. Mujurlah dengan bantuan ibu bapa dan jemaah lain, saya dapat melaksanakannya," katanya yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan