Kerajaan BN Perlu Terus Dekati Dua Juta Peniaga Kecil

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu meneruskan usaha untuk mendekati kira-kira dua juta peniaga dan penjaja kecil di negara ini dalam membela nasib golongan itu.

Wakil Selangor, Datuk Ramli Norani berkata, bilangan itu termasuk hampir 1.5 juta peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar.

"Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyediakan peruntukan sebagai kemudahan untuk golongan berkenaan.

"Sebagai contoh, kerajaan BN sendiri menyediakan peruntukan dana sebanyak RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Mikro bagi membantu golongan penjaja dan peniaga kecil (yang berdaftar) untuk memajukan perniagaan mereka," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, proses pinjaman menerusi skim tersebut akan dipermudahkan dengan jumlah antara RM10,000 hingga RM50,000.

Peruntukan RM50 juta itu adalah di bawah kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sebagai Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaga dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM), Ramli menyifatkan kerajaan BN turut membela nasib golongan itu dengan hanya perlu membayar lesen perniagaan sebanyak RM50 sahaja untuk tempoh lima tahun dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau berkata, manfaat itu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak melupakan tanggungjawab dalam membela nasib peniaga dan penjaja kecil di negara ini.

"Kerajaan BN perlu ada hubungan rakan dengan penjaja. Kalau ada dua juta orang, kita ada dua juta pengundi.

"Dan kalau ada dua juta pengundi, maka bilangannya dah jadi empat juta pengundi (jika ditambah dengan seorang isteri atau seorang ahli keluarga mereka)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan