Kelab Umno Luar Negara Cadang Ahli Diserap Dalam Pemuda, Puteri

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ariff Yasir diberi pelukan oleh rakan-rakan selepas perbahasannya di Persidangan Umno 2012, JUmaat.AZHAR MAHFOF/The Star
Ariff Yasir diberi pelukan oleh rakan-rakan selepas perbahasannya di Persidangan Umno 2012, JUmaat.AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Kelab Umno Luar Negara mencadangkan satu sekretariat ditubuhkan supaya ahli yang pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian digilap dan diserap dalam sayap parti sama ada pergerakan Pemuda atau Puteri.

Wakil Kelab Umno, Ariff Yasir Zulkafli berkata, penyerapan itu bertujuan untuk meneruskan usaha bakat-bakat anak-anak muda dalam memberi khidmat kepada negara.

"Kami tidak mahu bakat-bakat yang berbakti dalam kelab ini dibiarkan begitu sahaja.

"Kita mahu ia terus bersinar berkhidmat untuk negara dengan bijaksana. Kita mahu diasah bakat dalam kepimpinan," katanya pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Umno Tokyo berkata, Kelab Umno Luar Negara sentiasa bersedia menjadi wadah mendalami ilmu kepimpinan dan terus memperjuangkan kepentingan parti.

Dalam pada itu, Ariff turut mencadangkan agar semua anggota Kelab Umno Luar Negara diwajibkan untuk menjadi ahli parti.

"Bila mendaftar ahli kelab, mereka patut disediakan juga borang keahlian untuk menjadi ahli.

"Pendekatan ini dilihat sebagai platform kepada kami anak-anak muda meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa negara," katanya.

Seramai 72 wakil Kelab Umno Luar Negara dari 16 negara hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 27 hingga 1 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan