Disiplin Organisasi Amalan Penting Dalam Urus Tadbir Parti - Pemimpin Umno

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu mengikat diri mereka dengan disiplin organisasi agar setiap tindakan tersusun dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Rata-rata pemimpin Umno yang ditemui bersetuju pelanggaran disiplin mungkin menyebabkan matlamat perjuangan parti untuk terus mengemudi negara ini tidak kesampaian.

Bagi Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pematuhan kepada disiplin organisasi serta rantaian arahan merupakan amalan penting dalam mengurus tadbir sesebuah parti.

"Ia juga merupakan tunjang utama kepada kekuatan parti itu sendiri untuk membentuk satu pasukan tentera yang sedia bertempur pada bila-bila masa sahaja," kata Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan kepada Bernama, di sini Jumaat.

Beliau berkata untuk itu, semangat disiplin perlu dipupuk dalam kalangan anggota Umno dan BN bagi memastikan perjuangan parti sentiasa di landasan yang betul.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam, menekankan pentingnya displin organisasi parti yang merupakan antara faktor yang akan menentukan sama ada Umno dan BN menang atau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim berkata konsep tersebut amat penting bagi menterjemahkan nilai perpaduan, taat setia kepada pemimpin serta gerak kerja yang tersusun dalam kalangan anggota parti, terutama anggota Pemuda.

"Dalam konteks generasi muda Umno, nilai disiplin perlu difahami dan dipraktikkan sebaiknya bagi mengelakkan mereka tersasar dari perjuangan parti yang sebenar," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Bagi Exco Wanita Datuk Jamelah A. Bakar berkata disiplin berorganisasi boleh menjamin keutuhan dan perpaduan dalam kalangan anggota parti selain memudahkan kerjasama antara pemimpin atasan dan akar umbi.

"Dengan adanya disiplin berorganisasi ini, sebarang perasaan negatif dan sebagainya boleh dirujuk kepada pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian yang berkesan dan dipersetujui bersama," katanya.

Pengerusi Tetap Wanita Umno Tan Sri Napsiah Omar pula menegaskan dengan penekanan kepada disiplin berorganisasi, rakyat tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan malah perlu memberi mandat yang besar kepada Umno dan BN untuk terus memerintah.

"Ia amanat terbaik yang pernah diberikan oleh seorang presiden di ambang pilihan raya termasuk bercakap tentang disiplin berorganisasi yang harus diberi perhatian oleh anggota-angggota Umno seluruhnya," katanya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula yakin hanya kesepaduan serta disiplin yang tinggi dapat memastikan BN menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Pendapat itu dikongsi oleh Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin yang turut berkata tanpa disiplin, anggota parti lebih cenderung untuk mengingkari arahan ketua, seterusnya menyebabkan parti lemah serta mudah diserang anasir kotor yang dibawa pembangkang.

Naib Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Azizah Mohd Dun pula berkata jika anggota parti berpegang kepada konsep ini, masalah sabotaj dan memberi kepentingan kepada agenda peribadi dapat diatasi.

Beliau percaya semua anggota Umno sedar akan pentingnya untuk menghayati konsep ini dan pentingnya parti memenangi PRU 13. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan