Anggota Parlimen Tersentuh Dengan Ucapan Speaker

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ini menyaksikan suasana mesra selain ucapan serta kata-kata yang menyentuh hati daripada Speaker, Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Sebelum menangguhkan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap menyentuh 'suka duka' beliau sepanjang mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak tahun 2008.

Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya juga menyatakan ia mungkin menjadi persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anggota Parlimen veteran Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) ketika diminta mengulas mengenai ucapan Pandikar Amin menyifatkan ucapan tersebut amat menyentuh perasaan.

"Ucapan tadi merangkumi perjalanan Dewan Rakyat sejak 2008 hingga hari ini. Bagi saya Tan Sri Pandikar Amin berjaya mengawal persidangan yang berlangsung dengan matang dan begitu terkawal.

"Apa yang berlaku menunjukkan Dewan Rakyat Malaysia kini sudah mencapai tahap kematangannya tersendiri berdasarkan pengalaman dan sejarah yang dilalui," katanya.

Azmi yang turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding PRU-13 berharap mereka yang berhasrat untuk bergelar Yang Berhormat selepas ini supaya ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara.

Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) ketika ditemui berkata ucapan terakhir yang disampaikan Speaker adalah dari hati yang tulus.

"Sepanjang empat tahun menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker beliau menjalankan tugas dengan baik.

"Dalam keadaan tegang sekalipun Tan Sri Pandikar berjaya mengawal keadaan dengan baik. Dalam keadaan tertekan sekalipun cuma kata-kata yang terbang dari beliau," katanya.

Mohd Hatta berkata biarpun ada ketika Speaker terpaksa menggantung seseorang Anggota Parlimen namun beliau percaya Tan Sri Pandikar Amin mempunyai hujah tersendiri.

Terdapat Anggota Parlimen yang dilihat mengambil gambar secara berkumpulan di dalam dewan persidangan sebagai kenangan sempena hari terakhir sidang Dewan Rakyat.

Antara yang dilihat bergambar ialah Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).

Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bersalaman dengan wartawan yang bertugas di lobi Parlimen.

"Saat ini sangat menyentuh emosi," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang bertugas di Parlimen hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan