Wanita M'sia Kurang Penyertaan Dalam Bidang-bidang Tertentu, Kata Bank Dunia

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan wanita dalam usia bekerja yang diambil bekerja atau mencari pekerjaan lebih rendah di Malaysia berbanding negara-negara lain yang sama tahap pendapatannya, demikian menurut satu laporan baharu Bank Dunia.

Laporan bertajuk "Pemantauan Ekonomi Malaysia" itu berkata wanita Malaysia kurang menyertai beberapa bidang tertentu yang dikaji, seperti kejuruteraan.

"Malaysia berpeluang mempercepat transformasi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi jika lebih ramai wanita menyertai tenaga buruh," kata Pengarah Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Annette Dixon.

"Merapatkan jurang perbezaan jantina dan menggalakkan wanita membawa kemahiran mereka ke pasaran buruh boleh mempercepat pergerakan Malaysia ke arah status berpendapatan tinggi," tegasnya.

Kajian itu menunjukkan Malaysia boleh mencatatkan peningkatan pengeluaran per kapita sebanyak 23 peratus jika dapat menghapuskan diskriminasi jantina dalam pasaran buruh.

Peningkatan itu boleh dicapai jika lebih ramai wanita menyertai pasaran buruh atau menjadi usahawan, yang akan memperbesar kumpulan bakat pada peringkat pengurusan dalam ekonomi.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Frederico Gil Sander berkata: "Malaysia telahpun merapatkan atau menghapuskan kebanyakan jurang perbezaan jantina dalam pendidikan -- kini lebih ramai wanita daripada lelaki diambil memasuki pendidikan menengah dan tinggi.

"Cabaran utama Malaysia sekarang ialah menambah peluang bagi wanita untuk membawa bakat mereka memasuki pasaran buruh," katanya.

Siri Pemantauan Ekonomi Malaysia memberikan perspektif analitis tentang cabaran-cabaran dasar yang dihadapi oleh Malaysia seiring dengan perkembangannya ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Siri ini juga merupakan usaha untuk mendekati khalayak yang lebih luas, termasuk pembuat dasar, pemimpin sektor swasta, peserta pasaran, masyarakat awam dan akademia.

Laporan ini boleh diakses melalui laman sesawang www.worldbank.org/malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan