Umno Seperti 'Red Warriors'

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno diibaratkan seperti pasukan bola sepak Kelantan yang lebih dikenali sebagai 'Red Warriors' kerana sentiasa menampilkan pemain terbaik ketika beraksi.

Perwakilan Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan 'pemain Umno' berupaya memberi kemenangan kepada parti itu.

"Umno tak ubah seperti Red Warriors kerana hanya calon terbaik yang dipilih untuk wakili parti.

"Manakala kejayaan bagi kedua-dua entiti ini juga bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan pemain dan ahlinya...pendek kata, kita adalah satu dan sama," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis.

Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas berkata, sama seperti 'Red Warriors', Umno tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam memilih calon.

Tegas beliau, hanya calon yang benar-benar layak wajar diangkat sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

"Presiden parti mahu pemain yang terbaik supaya boleh menjaringkan gol...calon boleh menang.

"OK kalau hanya berada di tepi atau budak bancuh kopi jika kita terlalu tua ataupun bukan kategori calon boleh menang...apa yang paling penting ialah sokongan parti dan pasukan," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan