Umno Sabah Rekod Keahlian Tertinggi Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Sabah memegang rekod sebagai negeri mempunyai keahlian tertinggi di negara ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Sabah mempunyai 505,852 ahli, dan Kampung Kinosop di Libaran Sabah mempunyai 1,837 ahli, yang tertinggi di peringkat cawangan.

Secara keseluruhannya, Umno mempunyai 3,386 274 ahli.

Umno juga telah mengubah prosedur permohonan keahlian bagi membolehkan ahli memohon terus dengan ibu pejabat parti itu.

"Permohonan akan dikembalikan kepada bahagian masing-masing yang akan dikemukakan ke cawangan masing-masing.

"Jika dalam tempoh dua bulan tiada tindakan, permohonan keahlian baru akan secara automatik diterima,'' katanya pada perhimpunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Khamis yang dihadiri seramai 2,718 perwakilan.

Umno juga mengalu-alukan 57 perwakilan asing yang mewakili 24 parti dari 21 negara.

Sebagai tanda penghormatan para perwakilan berdiri menyambut perwakilan dari Palestin.

Tengku Adnan berkata, perhimpunan itu juga menyaksikan kehadiran jumlah media yang besar seramai 1,782 orang dari 102 organisasi media tempatan dan asing. Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lain-lain termasuk Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan