Sikap Pemandu Kenderaan Berat Punca Kemalangan Di Lebuh Raya

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kajian syarikat lebuh raya PLUS Malaysia Berhad mendapati 87 peratus kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca daripada pemandu kenderaan itu.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata memandu melebihi had laju, mengantuk, keletihan dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik demi mengejar perjalanan dan keuntungan antara faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku.

"Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya PLUS sejak 2007 hingga Oktober lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan 'Hormati Had Anda' anjuran PLUS dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini, hari ini.

Seminar itu, yang menekankan kepentingan menghormati had fizikal dan kemampuan pemandu serta kemampuan kenderaan dipandu seseorang pemandu, disertai kira-kira 160 pemandu dan operator kenderaan berat serta anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor, Ahmad Awang berkata seminar itu dapat meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu selain menjadi platform terbaik kepada operator kenderaan untuk memberikan latihan kepada pekerjanya.

"Seminar ini juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan dan melahirkan pemandu yang berhemah," katanya ketika ditemui Bernama selepas seminar itu.

Bagi mengelakkan kemalangan, katanya setiap perjalanan yang melebihi 300 kilometer atau empat jam berterusan harus dikendalikan oleh dua pemandu kerana ia dapat mengimbangkan perjalanan seseorang pemandu itu.

Menurutnya pemandu yang berasa letih dan mengantuk perlulah mengambil rehat yang secukupnya bagi mengelakkan kemalangan terutamanya pada waktu malam, manakala pengusaha syarikat pula harus mengetahui kemampuan pemandu.

"Pengusaha syarikat perlu memberi keutaman terhadap aspek keselamatan selain mengaut keuntungan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan