PM Sedia Bawa Negara, Rakyat Ke Era Pembangunan - Shahrizat

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat ketika bercakap dengan pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -foto THE STAR
Shahrizat ketika bercakap dengan pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak lebih daripada bersedia sebagai Perdana Menteri untuk membawa negara dan rakyat ke era pembangunan.

Shahrizat berkata, beliau melihat Najib yang juga Presiden Umno sebagai seorang pemimpin yang bukan hanya anak kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak.

"Beliau (Najib) bukan hanya seorang pemimpin yang dibimbing dan dimentor oleh di antara pemimpin-pemimpin tersohor tetapi berdirinya beliau sebagai pemimpin tersendiri.

"Saya dapat melihat berdasarkan ucapan beliau pada hari ini, Datuk Seri Najib lebih daripada bersedia untuk membawa negara dan rakyat ke satu era pembangunan, kecemerlangan untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Shahrizat berkata, berdasarkan ucapan dasar itu merupakan 'ibu' kepada ucapan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib memberi perhatian dan menjawab segala soalan dan isu yang dibawa oleh pihak pembangkang, satu-persatu beliau kupas dengan penuh logik supaya rakyat Malaysia memahami apa yang akan berlaku jika pembangkang menjadi kerajaan yang memerintah.

"Pada akhirnya Datuk Seri Najib mengingatkan kita adakah kita rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk orang Melayu, orang Islam, tetapi untuk semua rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama, sanggupkah kita menjadi rakyat yang 'bangsat' di negara kita sendiri," katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan