PM Rasmi Perhimpunan Agung Umno 2012

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memeriksa perbarisan yang terdiri daripada tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut kelihatan, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri), Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.

Najib, yang berpakaian baju Melayu biru, diiringi Muhyiddin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri iaitu Mohd Noor Afindie Rositi.

Beliau dengan diiringi Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memeriksa perbarisan 150 anggota ketiga-tiga sayap Umno.

Najib kemudian menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh anggota parti.

Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, bermula Selasa lepas dengan Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti itu melibatkan 2,973 perwakilan dari semua bahagian Umno seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan