PM Perkenal Buku Tulisannya Mengenai Transformasi Politik

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib memperkenalkan buku tulisannya 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat' kepada para hadirin sejurus keluar dari Dewan Merdeka selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis. -foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Najib memperkenalkan buku tulisannya 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat' kepada para hadirin sejurus keluar dari Dewan Merdeka selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis. -foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memperkenalkan buku hasil karyanya yang memperincikan kewajaran setiap transformasi yang dilaksana kerajaan.

Najib memperkenalkan buku itu kepada para hadirin sejurus keluar dari Dewan Merdeka selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Buku setebal 249 muka surat itu yang bertajuk 'Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB).

Dalam buku itu perdana menteri menjelaskan mengenai transformasi dalam sistem politik dan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menyediakan Malaysia sebagai sebuah negara moden, demokratik, progresif dan mengamalkan nilai sejagat.

Menurut kenyataan ITBM yang diedar kepada pemberita, buku itu adalah naskhah penting untuk memperjelaskan perlunya anjakan politik menerusi transformasi undang-undang.

Antara bab menarik dalam buku itu ialah mengenai kajian, semakan, penambahbaikan serta pemansuhan akta serta undang-undang tertentu dalam usaha membentuk keseimbangan yang perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka.

Buku itu yang disunting oleh Prof Datuk Khairil Annas Jusoh dan Datuk Mazri Muhammad dijual pada harga RM32 di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak kini boleh didapati di pasaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan