Perhimpunan Agung Umno 2012 Tampak Lebih Kuat Dan Bersemangat - Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatikan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali berbual dengan isteri Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor ketika menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -fotoBERNAMA
Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatikan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali berbual dengan isteri Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor ketika menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan