Pemuda Umno Agresif Pikat Pengundi Baharu - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy bersalaman dengan pihak media pada majlis meraikan kejayaan penganjuran 'BN Youth Job Fair' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -foto M. Azhar Arif/THE STAR
Khairy bersalaman dengan pihak media pada majlis meraikan kejayaan penganjuran 'BN Youth Job Fair' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -foto M. Azhar Arif/THE STAR

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan dan memikat 2.9 juta pemilih baharu yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 adalah proses berterusan dan dilaksana secara agresif.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sayap itu tidak mengambil mudah impak kelompok tersebut terhadap keputusan pilihan raya akan datang.

"Kelompok baru ini boleh disifatkan juga sebagai golongan pengundi atas pagar atau 'swing voters'. Justeru amat penting untuk mencari mereka dan meyakinkan mereka bahawa Barisan Nasional merupakan pilihan tepat," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari meraikan kejayaan penganjuran 'BN Youth Job Fair, di sini Khamis.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kampus sebelum ini yang menyaksikan kumpulan proaspirasi menyapu bersih barisan pimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013, Khairy yakin sokongan pengundi baharu yang kebanyakannya golongan muda akan memihak kepada kerajaan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini mengumumkan bahawa sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai pengundi dari 2008 sehingga 30 Jun tahun ini, iaitu jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan