Pas Tidak Pandai Tadbir Negeri, Banyak Masalah Rakyat Gagal Diselesaikan

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS tidak pandai mentadbir negeri, menyebabkan banyak masalah penduduk di negeri itu gagal diselesaikan, demikian Perhimpunan Agung Umno 2012 diberitahu Khamis.

Wakil Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata sungguhpun PAS telah mentabir negeri itu selama 22 tahun dan menabur pelbagai janji, sehingga kini 'janji tinggal janji'.

Antara projek yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan ialah pembinaan jambatan kedua menghubungkan Palekbang di Tumpat dan Kampung Cina di Kota Baharu, stadium tertutup wanita dan menubuhkan tabung skim perumahan rakyat, katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden, pada hari pertama perhimpunan di sini.

Katanya terkini kerajaan PAS Kelantan menjanjikan pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai serta perkhidmatan kereta api laju.

Selain itu, Md Alwi yang merupakan Timbalan Ketua Umno Ketereh, berkata pemimpin PAS juga tidak bijak menguruskan hasil bumi yang menyaksikan kawasan berbukit di hulu Kelantan kini gondol akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Katanya hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memajukan Kelantan dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat, kerana parti itu mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan BN, beliau berkata Umno mesti terus membela nasib golongan miskin dengan memenuhi keperluan mereka seperti membaik pulih rumah penduduk yang uzur.

Md Alwi turut membidas PAS yang suka menghina Umno dengan pelbagai tuduhan termasuk murtad, sedangkan Umno sebuah parti yang banyak berjasa memartabatkan Islam dan umatnya.

Dalam isu pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13, Md Alwi menyarankan pucuk pimpinan parti meniru pasukan bola sepak Kelantan yang hanya memilih pemain terbaik sehingga berjaya merangkul tiga kejuaraan pada musim yang baru sahaja berakhir. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan