MRT: Jalan Di Hadapan Plaza Bukit Bintang Ditutup Mulai Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan kenderaan di Jalan Bulan, di hadapan Plaza Bukit Bintang, akan ditutup selama empat tahun untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) mulai Sabtu ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd Amir Mahmood Razak berkata berikutan itu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Bulan 1, Lorong Bintang atau melalui Jalan Imbi.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan stesen itu adalah sebahagian daripada laluan bawah tanah di kawasan bandar raya yang sibuk.

"Oleh itu, kawasan kerja yang sesuai adalah terhad. Kawasan kerja perlu berada dekat dengan tapak stesen atas sebab-sebab logistik dan keselamatan binaan," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Amir Mahmood berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan penutupan laluan itu dan papan tanda trafik akan diletakkan untuk membantu pengguna jalan raya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengaktifkan pelan komunikasi dan notis awam bagi memaklumkan kepada semua penyewa pusat membeli-belah, hotel, tempat letak kereta, kedai runcit dan outlet berhampiran tentang laluan alternatif untuk ke tempat letak kereta.

"Kami bekerja rapat dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pihak berkuasa lain untuk menyebarkan maklumat trafik melalui Sistem Pesanan Maklumat Berubah (VMS)," katanya.

Amir Mahmood turut menasihatkan para pemandu supaya berjaga-jaga dengan kerja-kerja yang dijalankan di kawasan tersebut dan mengikut arahan papan tanda untuk melalui Jalan Bulan.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumt trafik MRT terkini boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau maklumat kerja-kerja bawah tanah di www.mymrt-underground.com.my

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan