Kelab Umno Luar Negara Minta K'jaan Dekati Mahasiswa Di Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Kelab Umno Luar Negara meminta kerajaan mendekati mahasiswa Malaysia di luar negara dengan lebih kerap bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pembangkang.

Ditemui Bernama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno ke-63 di sini, mereka mengakui terdapat banyak usaha memburukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilakukan pembangkang di luar negara.

Pengerusi Kelab Umno Mansurah Mesir, Ahmad Affandi Azman, 21, berkata usaha tersebut termasuk cara kotor seperti menyebar risalah dan poster yang diolah menggunakan teknik tampalan foto (photoshop) bagi memberi gambaran salah terhadap pemimpin negara.

"Antara cara yang digunakan untuk menangani dakyah itu ialah dengan mendapatkan informasi secara terus dari Malaysia seperti khutbah Jumaat masjid-masjid Malaysia yang disampaikan secara dalam talian sebelum disebarkan kepada rakan-rakan kami di sana," katanya yang telah empat tahun menetap di negara Timur Tengah itu.

Menurutnya, kelab itu bagaimanapun memerlukan kerjasama Kedutaan Malaysia di Mesir bagi menyalurkan maklumat tepat kepada mereka kerana akses Internet yang terhad.

Presiden Kelab Umno Australia Barat A.Al-Haqq Mohammad Mubin pula berkata penggunaan media baharu harus diperkemas untuk memastikan maklumat sampai kepada sasaran.

"Harap pihak kerajaan dapat memperkasakan informasi melalui media siber agar kami dapat mengetahui cerita sebenar," katanya sambil menambah Internet adalah saluran asas untuk mendapatkan informasi mengenai situasi politik di Malaysia.

Pengerusi Kelab Umno Moscow, Rusia, Amira Farhana Abdul Jamal pula mengakui ramai mahasiswa Malaysia di luar negara mengambil pendirian atas pagar dan masalah timbul apabila pembangkang menjadikan platform usrah untuk menyelitkan agenda dan dakyah mereka.

Presiden Kelab Umno Luar Negara dari United Kingdom Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata pengalamannya di sana mengajar akan kepentingan penyebaran maklumat yang berterusan agar golongan sasar dapat memahami sesuatu isu dalam konteks sebenar.

Anak kelahiran Shah Alam, Selangor yang sedang menuntut di University Of Leeds dalam bidang kejuruteraan awam itu berpendapat situasi sama patut di aplikasikan agar para mahasiswa turut dapat merasakan bahawa mereka sebahagian daripada proses transformasi kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Kelab Umno Dublin, Ireland, Muhammad Arif Aizuddin Ab Manap, 22, berkata beliau melihat pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dapat menyiapkan mahasiswa menghadapi rencah dunia politik dengan bebas.

"Dengan akta ini mahasiswa diberi ruang untuk memilih landasan fahaman politik mereka masing-masing dan dapat mematangkan minda mereka," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pelajaran dan pembabitan mahasiswa dalam politik perlu seimbang agar kecemerlangan dapat dicapai dalam kedua-dua bidang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan