Jangan Jadi Pemimpin Bermusim - Presiden Umno

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis. -foto THE STAR
Najib ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis. -foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin parti itu yang bakal dinamakan sebagai calon pada pilihan raya akan datang supaya tidak menjadi 'pemimpin bermusim'.

Tegasnya, calon yang dipilih itu hendaklah sentiasa bersikap rendah diri, berwibawa dan bersifat pemimpin sejati.

"Rakyat hari ini sudah bijak untuk membezakan yang mana kaca yang mana manikam. Pengundi pula dapat menilai bahawa empati kepada rakyat oleh calon bersifat sejati dan berterusan bukanlah hanya untuk musim pilihan raya.

"Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis.

Menurut Najib lagi, pemimpin Umno perlu sentiasa ikhlas dan bekerja keras demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

"Kita mesti cekal bekerja keras, kita mesti terus tabah meyakinkan rakyat bahawa kitalah pilihan kepimpinan yang utama...bahawa kitalah yang mampu membawa masa depan yang lebih baik kepada mereka dan anak-anak cucu mereka.

"Apa yang dapat saya katakan, berikhlaslah dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Selain itu Najib berkata, menyedari hakikat perubahan corak politik semasa, Umno akan mempertaruhkan calon boleh menang yang diterima bukan sahaja di kalangan parti, malah rakyat di kawasan yang bakal diwakili.

Tegas beliau, kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan.

"Jika dahulu, siapa pun yang diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi begitu. Maknanya di sini, kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari ini bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili," katanya.

"Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, iaitu bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi.

"Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan