Himpunan Hijau Tubuh Kem Sekatan Untuk Anti-Lynas

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Himpunan Hijau akan menubuhkan kem pangkalan sekatan bagi anti-Lynas untuk menganggu oeprasi penapisan nadir bumi di Gebeng di sini.

Pengerusinya, Wong Tack berkata, kumpulan itu sedang mengenal pasti lokasi yang seduai dan akan menubuhkan kem di Balok beberapa hari lagi.

“Kem ini akan berperanan sebagai pusat arahan dan pelaksanaan serta maklumat, pameran pendaftaran untuk peserta sekatan. Tujuannya untuk menggembleng tenaga baru yang diperoleh daripada perjalanan 300 kilometer kami,” katanya di sini Rabu.

Wong berkata, kumpulan yang bertujuan untuk menghalang penghantaran kedua nadir bumi daripada tiba melalui Pelabuhan Kuantan dan mengganggu aktiviti pemprosesan Lynas.

“Kem tersebut akan berada di sana selagi Lynas beroperasi. Kami akan mengumpul maklumat dan serangan apabila keadaan memerlukan. Kami akan mengadakan sekatan di seluruh Pelabuhan Kuantan dan laluan perindustrian.

“Lynas mungkin terlepas daripada halangan kita tetapi mereka tidak akan mendapat peluang kedua,” kata Wong.

Rabu lepas, kira-kira 100 bekas nadir bumi tiba di pelabuhan dan diangkut ke kilang yang diiringi polis.

Ditanya sama ada beliau takut dengan tindakan polis, Wong berkata, rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan alam sekitar dan tanah air mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan