Tindakan Tegas Terhadap Individu Cemar Kesucian Islam

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Puteri Umno pada Rabu mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan memperlekeh dan mencemarkan kesucian agama Islam di negara ini.

Pengerusi Biro Agama Puteri Umno Terengganu Laila Daud berkata ini kerana individu berkenaan boleh mencemar kedaulatan negara, menggugat kestabilan politik serta mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata terdapat parti politik yang sering menggunakan isu agama Islam semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, seperti PAS sering menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud kerana mengetahui betapa kuatnya isu berkenaan dalam pentas politik orang Melayu.

Laila berkata ia berbeza dengan Umno yang konsisten dalam memperjuangkan Islam sejak sebelum merdeka dengan melaksanakan pelbagai program pembangunan spiritual dan jasmani.

"Saya penuh percaya bahawa Umno ialah sebuah parti yang memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada PAS," katanya ketika membahas usul terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada akhir perbahasannya, beliau membacakan doa memohon kesejahteraan yang berbunyi: "Ya Allah, kami memohon kepadaMu, janganlah kau hancurkan Umno dan janganlah kau hancurkan PAS. Sebaliknya Kau satukanlah hati-hati mereka pemimpin kedua-dua parti itu agar sama-sama berjuang untuk menegakkan agamaMu.

"Ya Allah...Kau tanamkanlah perasaan kasih sayang sesama Islam di antara pengikut Umno dan pengikut PAS. Ya Allah sesungguhnya mereka pengikut Umno dan pengikut PAS adalah hambaMu yang taat kepada segala perintahMu."

Sementara itu, Ketua Puteri Umno bahagian Ayer Hitam Nuriyati Mohd Ithnin yang menyentuh mengenai pendidikan menyarankan Kementerian Pelajaran mengasingkan pentadbiran unit kokurikulum dan kurikulum seperti yang dilaksana Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau berkata langkah itu penting dalam mengatasi masalah lambakan tugas guru yang menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar.

"Namun, kalau mewujudkan perjawatan baru menjadi beban kepada kerajaan, memadai guru sedia ada yang menjalankan tugas sampingan ini diberi elaun tambahan," katanya.

Selain itu, katanya pihak pengurusan sekolah juga perlu lebih teliti dan peka dalam mengagihkan tugas guru agar para guru tidak berasa tertekan dan hilang kepuasan bekerja. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan