Tiga Sayap Umno Diberi Penekanan Peranan, Kepentingan Menang PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali memberi penekanan kepada ketiga-tiga sayap parti tentang kepentingan memenangi pilihan raya akan datang.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebagai sayap yang mewakili generasi muda, kepimpinan melihat tiga sayap parti memainkan peranan penting untuk menarik minat generasi muda terhadap parti seterusnya memberi sokongan kepada pimpinan parti.

"Peranan tiga sayap parti amat penting bukan hanya untuk menang pilihan raya tetapi untuk memastikan gagasan transformasi dapat diteruskan.

"Pengkhususan kepada ketiga-tiga sayap, kepimpinan ingin melihat perpaduan sebelum kita menghadapi ujian besar iaitu pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang dirasmikan oleh timbalan presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, malam Selasa.

Menurut Rosnah, berdasarkan ucapan perasmian timbalan presiden, beliau dilihat lebih memberi penekanan terhadap persediaan dan peranan tiga sayap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, walaupun mempunyai peranan berbeza namun objektif ketiga-tiga sayap adalah sama iaitu untuk menang dalam pilihan raya tidak lama lagi yang disifatkan sebagai ujian besar.

"Beliau menerangkan bahawa adalah menjadi bebanan kepada kita jika benarkan kerajaan ini dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau menambah, melihatkan situasi yang berlaku dalam parti pembangkang baru-baru ini, ia jelas menunjukkan pembangkang adalah satu ikatan yang tidak boleh diberikan mandat untuk memerintah.

"Sebab itulah beliau (timbalan presiden) menekankan betapa pentingnya untuk kita menang pilihan raya ini supaya dapat memberi isyarat kepada rakyat bahawa Umno merupakan satu wadah yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara," katanya.

Dalam pada itu Rosnah turut menerangkan tentang peranan Pergerakan Puteri Umno dalam memastikan suara wanita muda terus didengari.

Katanya, sayap itu tidak akan menggunakan pendekatan dan pengisian yang digunakan pembangkang untuk anggotanya seperti mengadakan demonstrasi jalanan untuk menarik sokongan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan