Tidak Boleh Perkataan 'Unisex' di Alor Setar

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Salun rambut di sini tidak boleh menggunakan perkataan "unisex" pada papan tanda perniagaan mereka kerana ia adalah "perkataan sensitif", kata seorang ahli majlis bandaran.

"Ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Majlis Bandaraya Alor Setar," akhbar harian Cina Kwong Wah Yit Poh memetik anggota Majlis Chow Hooi Pin sebagai berkata.

Beliau berkata bahawa papan tanda dengan kata-kata seperti "salun rambut" atau "pakar rambut" tidak boleh dipaparkan di premis mereka.

"Walau bagaimanapun, tiada larangan kepada wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya."

Harian melaporkan beberapa ahli politik berpendapat bahawa PAS, yang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, mungkin kehilangan sokongan pengundi bukan Islam jika ia menerima pakai polisi yang serupa seperti dikuatkuasa di Kelantan.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata beliau tidak terkejut dengan peraturan baru.

"Dasar melampau PAS akhirnya akan menjejaskan bukan Islam di Kedah," katanya.

"Apa yang berlaku di Kelantan perlahan-lahan akan memberi kesan kepada negeri-negeri yang juga di bawah PAS.

"PAS sentiasa mendakwa bahawa hudud tidak akan menjejaskan bukan Islam tetapi ini adalah mengelirukan berdasarkan apa yang berlaku di Kelantan."

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan