Perhimpunan Agung Umno: Perwakilan Puteri Ditekankan Tentang Maksud Asas Perjuangan

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno, pada Perhimpunan Agung Umno 2012 diberi penekanan tentang wadah politik baru yang tidak hanya memperlihatkan suara sebagai kuasa selagi tidak disusuli dengan tindakan iaitu perjuangan.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sayap ini seharusnya bergerak atas tindakan lebih daripada cita-cita dan angan-angan dengan memahami maksud asas perjuangan.

Katanya, prinsip juang perlu 'hidup' dan menjadi tanggungjawab dalam setiap makhluk Tuhan, termasuklah Puteri sebagai sebuah fitrah dan berlaku di mana-mana.

"Juang bukan milik saya seorang. Juang bukan milik anda seorang. Ia juga bukan milik pemimpin yang mempunyai kuasa. Tetapi juang ialah milik kita semua, ia milik semua rakyat dan adalah tanggungjawab setiap daripada kita yang masih bernyawa," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, Rabu.

Menurut Rosnah, Puteri pada masa kini bukan lagi hulu balang biasa kepada parti tetapi perlu bangkit sebagai pahlawan dan laksamana ternama.

"Ingatlah betapa lahirnya Puteri bukan untuk dimanja, bukan juga untuk dipuji dan dipuja namun percayalah betapa lahirnya Puteri adalah untuk berjuang sama merasai jerih membela nasib rakyat dan bangsa," katanya penuh semangat.

Menarik perhatian perwakilan apabila Rosnah berkata, warna merah jambu yang melambangkan sayap itu mempunyai maksud tersendiri dengan campuran warna merah pejuang dan putih yang melambangkan kesucian.

Katanya, ini selaras dengan asas sebuah ketamadunan iaitu perjuangan mempertahankan kesucian yang menjadi pegangan Umno selama ini.

"Zaman akan akan terus berubah, manusia akan terus berkembang tetapi kesucian perjuangan ialah idealisme yang dipegang sampai bila-bila.

"Kerana itu yang membezakan Umno dan parti-parti lain di Malaysia ialah kita tertubuh kerana prinsip dan asas juang yang jelas pada bangsa.

"Kita tinggalkan mesej kepada masyarakat bahawa yang diperjuangkan Puteri ialah sebuah kesucian juang dan kita adalah bala tenteranya," tegasnya.

Rosnah yang banyak memetik nama-nama pejuang wanita dalam ucapannya berkata sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan wanita di dunia telah lama bermula.

Sambil menyifatkan Umno turut menyimpan sejarah yang hampir sama dengan terlahirnya sayap Wanita pada 1947, kelantangan, keberanian dan ketrampilan sayap ini menyebabkan parti percaya kepada keperluan sayap wanita muda dengan terlahirnya Puteri pada 2001.

Katanya, dengan jumlah ahli seramai 395,482 orang pada hari ini, beliau percaya dengan kekuatannya untuk menggerakkan jentera parti.

"Malah, 365,882 ahli Puteri telah berdaftar sebagai pengundi dan saya percaya ini mampu memberi sumbangan besar dalam pilihan raya nanti," katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Puteri bahawa poilitik tidak bermaksud kuasa dan kedudukan semata-mata.

Katanya, politik adalah perlumbaan prinsip dan pendirian untuk menegakkan hak dan meroboh kebatilan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan