Perhimpunan Agung, Pemuda Dan Puteri Bermula Serentak

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada Rabu memulakan perhimpunan agung masing-masing secara serentak, bermula pukul 8 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perhimpunan agung kali ini yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dijangka menumpukan kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi PRU itu.

Sayap Wanita bersidang di Dewan Merdeka manakala Pemuda berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn.

Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu dirasmikan serentak Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Sebanyak 2,973 perwakilan iaitu masing-masing 991 perwakilan bagi setiap sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing selain usul ekonomi serta pendidikan dan agama. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan