KPM Boleh Contohi KPT Tangani Masalah Lambakan Tugas Guru - Puteri Johor

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mungkin boleh mencontohi pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) awam dalam usaha menangani lambakan tugas guru.

Usul tersebut diutarakan Ketua Puteri Umno Bahagian Ayer Hitam, Nuriyati Md Ithnin (Johor) yang melihat perubahan semasa menuntut golongan pendidik meningkatkan daya usaha serta mempunyai komitmen yang jauh lebih tinggi.

Katanya, guru secara tradisi mempunyai tugas mengajar dan mendidik berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

"Namun kini guru telah dibebankan dengan tugas-tugas yang tiada kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

"Kementerian Pelajaran mungkin boleh melihat contoh pentadbiran KPT awam yang mengasingkan unit ko-kurikulum dan hal ehwal pelajaran dengan pengajian iaitu kurikulum. Perjawatan tersebut disandang oleh penjawat awam bukan guru," katanya ketika membahaskan usul di Perhimpunan Agung Umno 2012, dekat sini, Rabu.

Nuriyati berkata, sekiranya mewujudkan perjawatan menjadi beban kepada kerajaan, guru sedia ada yang melakukan tugas sampingan ini dicadangkan diberi elaun tambahan.

Katanya, guru yang menjadi jurulatih sukan, terlibat dengan persatuan, kelab dan badan beruniform antara contoh guru yang boleh dipertimbangkan untuk elaun yang dicadangkan.

Beliau menegaskan, tindakan itu adalah wajar kerana guru sebenarnya bukan hanya mengajar di dalam kelas tetapi juga menjalankan aktiviti di luar sekolah seperti berkhemah yang memakan masa lebih daripada sehari dan dilakukan pada bukan pada hari bekerja.

Dalam pada itu, beliau turut menyaran agar pengurusan sekolah lebih peka terhadap pengagihan tugas guru.

"Jangan mendesak dan menekan guru-guru dengan meminta laporan-laporan ko-kurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya.

"Pendekatan yang lebih fleksibel dan mesra kerja perlu diamalkan agar guru-guru tidak berasa stress dan hilang kepuasan bekerja," katanya.

Usul lain yang dibentang termasuk mencadangkan kepada KPM supaya memperkasa sukatan pelajaran pendidikan teknik dan vokasional.

"Hal ini berbeza dengan negara maju yang melaksanakan 70-80 peratus sukatan vokasional dan 30-20 peratus sukatan akademik," katanya sambil membuat perbandingan dengan negara ini yang menjalankan 55 peratus sukatan vokasional dan 45 peratus sukatan akademik.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan