K'jaan Negeri S'gor Hanya Peruntuk RM5 Juta Atasi Masalah Banjir Di Klang

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hanya meluluskan RM5 juta untuk mengatasi masalah banjir kilat di Klang, sedangkan RM1.2 bilion diperlukan untuk mengatasi masalah itu secara keseluruhannya, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew berkata menerusi peruntukan RM5 juta, sembilan projek tambatan banjir sudah mula dilaksanakan di Klang, di mana tujuh projek dijangka disiapkan tahun ini manakala dua lagi projek dijangka siap Mac tahun depan.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan, kejadian banjir kilat berpunca daripada hujan lebat, air pasang surut, air hujan yang bertembung dengan air laut pasang, muka bumi Klang yang landai dan di bawah paras air laut serta faktor manusia," katanya ketika menjawab soalan M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang DUN Rabu.

Manoharan bertanya bila kerajaan negeri akan mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di seluruh kawasan Klang.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan adalah antara sektor paling banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negeri Selangor.

Beliau berkata prestasi hasil negeri Selangor sejak pakatan pembangkang memerintah negeri ini sejak Mac 2008 meningkat daripada RM1.5 bilion pada 2008 kepada RM1.7 bilion sehingga 27 Okt 2012.

"Penerimaan pendapatan tertinggi negeri Selangor adalah dari hasil bukan cukai seperti melalui pemberian premium tanah.

"Daripada pendapatan RM1.7 bilion hasil negeri pada 2012, hampir RM1 bilion datang dari hasil bukan cukai," katanya ketika manjawab soalan Dr Shafie Abu Bakar(PAS-Bangi).

Sementara itu, ketika menjawab soalan Badrul Hisham Abdullah (BN-Pelabuhan Klang), Abdul Khalid berkata kerajaan negeri hanya mencapai tahap pencapaian maklumat kepada rakyat Selangor sebanyak 30 peratus pada masa kini menerusi dua saluran lidah rasminya iaitu TV Selangor dan Selangor Kini.

Katanya, pihaknya yakin untuk mencapai tahap pencapaian maklumat sehingga 60 peratus pada masa akan datang menerusi peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri untuk memperluaskan aktiviti penerangan di negeri ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan