Presiden Umno Mahu Jentera Lebih Agresif Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
Khairy Jamaluddin. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera parti itu bergerak dengan lebih agresif terutama bagi mendekati rakyat untuk menerangkan agenda kerajaan mentadbir negara.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Najib turut menggesa jentera di semua peringkat parti itu agar mengambil pendekatan untuk 'menyerang' dalam usaha mempetahankan kemenangan.

"Beliau mahu kita lebih agresif berdepan dengan pengundi. Antara ayat yang ditegaskan ialah untuk kita mempertahankan kedudukan iaitu kemenangan bagi BN (Barisan Nasional).

"Jalan terbaik untuk mempertahankan kedudukan ialah serang. Untuk kita pertahankan kedudukan sebagai pemerintah di peringkat nasional...kita perlu serang," katanya kepada pemberita selepas majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung Umno di sini, Selasa.

Selain itu menurut Khairy, Perdana Menteri juga menekankan kepada perwakilan agar memperkemaskan organisasi parti sebagai persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Presiden beri peringatan agar semangat kena tinggi, organisasi kena kemas, jangan sabotaj parti.

"Malah soal calon kita diingatkan supaya terima sahaja apa-apa keputusan parti," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan