Muhyiddin Terima Resolusi Meja Bulat PPPM Dari Umno Kedah

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada selasa menerima resolusi meja bulat mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Kedah baru-baru ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menerima resolusi itu daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno negeri, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini.

Ahmad Bashah memberitahu pemberita kemudian resolusi itu antara lain menyentuh beberapa isu kritikal berkaitan pendidikan di negeri berkenaan, termasuk guru serta memenuhi keperluan sekolah terutamanya di luar bandar.

"Kita mahu mengekalkan guru-guru supaya mereka tidak berhijrah dari negeri Kedah. Kita juga berharap untuk menyediakan prasarana lebih baik untuk pelajar luar bandar. Keperluan perlu seimbang antara bandar dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata persidangan meja bulat itu berlangsung bulan lepas dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri, dan dihadiri kira-kira 40 peserta.

Katanya Muhyiddin memberi respons positif mengenai perkara yang dibangkitkan dalam resolusi itu, dan menyifatkan ia turut boleh diaplikasikan dalam melaksanakan pelan pembangunan pendidikan di peringkat nasional. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan