Majikan Harus Berani Melabur Hasilkan Pekerja Mahir - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majikan di negara ini harus berani membuat pelaburan dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan sekaligus mengurangkan kebergantungan dan kos pekerja asing yang semakin meningkat, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, majikan di negara ini perlu menyedari tekanan serta bebanan untuk mendapatkan pekerja mahir dalam tempoh beberapa tahun lagi, terutama apabila terlaksananya dasar keterbukaan Komuniti Asean iaitu penubuhan sebuah pasaran tunggal dengan penduduk 600 juta serta aliran bebas perdagangan dan pelaburan pada 2015.

Katanya, mereka juga bakal berdepan cabaran besar mulai tahun depan dengan peningkatan kos gaji pekerja dari RM1300 hingga RM1400 seorang di bawah gaji minimum baharu, yang sudah pasti memberi tekanan kepada majikan.

"Kalau sesebuah majikan mempunyai sehingga 3 hingga 4 ribu pekerja, maka majikan tersebut terpaksa berbelanja besar. Lebih-Lebih lagi kalau semua pekerja itu adalah pekerja asing.

"Justeru, untuk mengatasi masalah seumpama itu, kerajaan mahu majikan meningkatkan tahap kemahiran pekerja tempatan dan kurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing," katanya ketika berucap merasmikan majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2012 pada Selasa.

Dr Subramaniam berkata, sehubungan itu, majikan perlu menggunakan peluang yang disediakan kerajaan bagi mempertingkat tahap kemahiran pekerja tempatan, antaranya bantuan kewangan untuk mengikuti latihan Sijil Kemahiran Malaysia yang diperluas kepada diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsasah, sama ada secara sambilan, pendidikan jarak jauh atau secara online. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan