Banjir Lumpur Sebabkan Tembok Asrama Rumah Kebajikan Di Hulu Langat Retak

Diterbitkan: Selasa, 27 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU LANGAT: Penghuni Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) di sini panik selepas tembok asrama itu retak dan membawa bersama banjir lumpur ketika hujan lebat, pada 3.30 petang Isnin.

Presiden Perkid Masridzi Sat berkata kejadian di bahagian belakang asrama wanita itu telah dimaklumkan oleh isterinya yang ketika itu bersama empat orang penghuni berada di bahagian dapur, tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan yang kuat.

"Selepas keluar untuk melihat keadaan, mereka dapati tembok asrama ini retak dan condong diikuti dengan banjir lumpur sehingga paras buku lali di bahagian dapur dan rumah kakitangan," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Beliau berkata keretakan itu dipercayai berpunca daripada bebanan sisa kerja membaik pulih longkang yang ditimbunkan di bahagian tembok asrama itu.

"Kontraktor buat kerja-kerja binaan, tetapi sisa bahan yang digunakan diletakkan di tepi tembok asrama ini. Dalam keadaan hujan lebat petang tadi, mungkin bebanan yang kuat menyebabkan keretakan ini," katanya.

Beliau berkata ini adalah kejadian kedua di asrama berkenaan dan kali ini dianggap serius kerana menyebabkan keretakan tembok.

"Kejadian pertama, berlaku pada Mac lepas tetapi ketika itu hanya banjir lumpur. Saya anggap kejadian kali ini serius kerana berlaku keretakan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan jiwa," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian itu melibatkan keretakan tanah di bahagian belakang asrama itu tidak melibatkan struktur bangunan. Punca kejadian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan