Speaker Tidak Benarkan Anwar Bawa Peguam Perancis Ke Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.

Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar pada Isnin.

Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh Anggota Parlimen pembangkang Tian Chua.

Dalam surat itu, Pandikar menjelaskan kehadiran peguam Perancis berkenaan untuk membincangkan isu pembelian Scorpene mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). "Bantahan itu dikemukakan demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan dalam perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya dalam surat itu. Pandikar Amin menjelaskan keputusan muktamad berkenaan adalah sejajar dengan arahan dan keputusan beliau dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 November 2012 mengenai isu keselamatan Parlimen Malaysia dan penggunaan ruang sidang media dengan mengambilkira keistimewaan dan hak-hak Ahli Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.

"Ini adalah demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia tetap terpelihara sepanjang masa," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pendirian BNBBC iaitu jika agenda peribadi berkenaan hendak diperjelaskan bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

"Seharusnya sebelum tetamu undangan Datuk Seri (Anwar) dibenarkan masuk dalam kawasan Parlimen, suatu kebenaran perlulah diperoleh daripada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dulu.

"Namun demikian, sehingga kini saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri (Anwar) melainkan surat yang memaklumkan kepada saya hasrat Yang Berhormat untuk membawa tetamu undangan yang dimaksudkan iaitu seorang peguam Perancis masuk ke Parlimen Malaysia," kata Pandikar Amin. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan