Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Tahun - Lim

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polisi yang membenarkan anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun adalah dikekalkan pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau bagaimanapun berkata cadangan daripada banyak pihak untuk menaikkan umur bagi pengeluaran penuh simpanan KWSP adalah selaras dengan pelaksanaan umur persaraan minimum pada usia 60 tahun.

"Ini adalah selepas Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Jun lepas dan dibentangkan di Dewan Negara pada 16 Julai lalu.

"Oleh kerana Skim KWSP adalah suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja, maka adalah wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun.

"Tujuannya adalah untuk memastikan anggota mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan sara hidup mereka apabila tidak bekerja," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat Isnin.

Idris ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran wang KWSP secara keseluruhan pada usia 60 tahun berbanding pada usia persaraan 55 tahun yang dilaksanakan pada masa ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan