Minat Terhadap Subjek Sains & Matematik Ditahap 28 % - Fadillah

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyelidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menunjukkan minat dalam Sains dan Matematik di sekolah dan universiti ialah di tahap 28 peratus, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

"Kementerian mahu peratusan minat dalam Sains dan Matematik meningkat kepada 60 peratus supaya kumpulan bakat dalam Sains, Teknologi dan Inovasi(STI) dapat diperbesarkan," katanya kepada Bernama pada majlis penyampaian hadiah Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) di sini.

Fadillah menyampaikan anugerah dan geran kepada 34 saintis dan penyelidik, sebagai mewakili Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada majlis itu.

Jumlah pemohon bagi anugerah dan geran itu adalah terbanyak bagi tahun ini, iaitu 318 bagi geran, 140 bagi Anugerah Pendidikan Sains dan 20 bagi Anugerah Sains dan Teknologi.

Fadillah berkata peningkatan jumlah pemohon yang menghantar penyelidikan dan inovasi mereka merupakan satu petanda baik. "Dengan kewujudan MTSF, ia akan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk diberikan anugerah. Dengan anugerah ini, penyelidik akan diiktiraf bagi hasil kerja mereka dan akan memudahkan mereka mendapat pembiayaan, yang merupakan satu insentif.

Beliau berkata kementerian sedang mencari jenis sokongan dan insentif seperti yang diberikan MTSF untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara STI yang maju.

"Saya menggesa organisasi di Malaysia untuk fokus kepada penyelidikan dan pembangunan untuk STI, daripada segi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memacu inovasi dan kreativiti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan