Mesyuarat SPA Putuskan KP Kesihatan Digantung Kerja

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan Isnin memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.

Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan