Lebih 92 Peratus Pangsapuri Kos Rendah Selangor Nikmati Air Percuma

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lebih 92 peratus unit kediaman pangsapuri kos rendah di Selangor menikmati air percuma walaupun terdapat antaranya tidak memiliki meter individu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad berkata, sebanyak 163,970 unit pangsapuri kos rendah menikmati air percuma di bawah program Merakyat Ekonomi Selangor (MES).

"Saya menafikan dakwaan bahawa mereka (penduduk pangsapuri kos rendah) tidak mendapat air percuma kerana mengikut statistik, yang telah mendapat air percuma melalui meter individu sedia ada ialah 3,621 unit.

"Kita juga bantu untuk migrasi dari meter pukal ke meter individu pula adalah 25,024 unit yang telah mendapat air percuma," katanya kepada para pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengenai penduduk pangsapuri kos rendah ketinggalan dalam program MES.

Sebahagian daripada program MES adalah Pemberian air percuma 20 meter padu untuk rumah kediaman.

Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka berkata, kerajaan negeri juga mengadakan dua inisiatif iaitu kupon air percuma dan skim 'Lapor dan Dapat'.

"Melalui kupon air percuma, sebanyak 77,378 unit telah menikmati air percuma.

"Manakala 'Lapor dan Dapat' memudahkan penduduk menikmati air percuma di mana 57,947 unit telah menikmati air percuma," katanya.

Di bawah skim 'Lapor dan Dapat', penduduk menerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) hanya perlu membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan air percuma.

Bagaimanapun, Iskandar menggesa supaya penduduk tetap di negeri ini melakukan migrasi dari meter pukal ke meter individu kerana kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemegang konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan syarikat itu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat migrasi.

Sebagai inisiatif untuk melakukan migrasi, beliau berkata, pangsapuri kos sederhana boleh mendapat air percuma melalui skim 'Lapor dan Dapat' dengan syarat mereka membuat permohonan untuk migrasi dalam tempoh tiga bulan.

Menurut Iskandar, beliau turut mengingatkan bahawa sehingga industri air di Selangor tidak distruktur semula, kebenaran melakukan migrasi adalah di tangan Syabas, dan bukannya kerajaan negeri.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan