KL Disenaraikan Kota Raya Beli-Belah Ke-4 Terbaik Dunia

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London. Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

"Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. "Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman," tambah beliau. New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).

Dr Ng berkata, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.

Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan