Kerajaan Terus Optimis Sasaran Dagangan RM1 Trilion

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus merasa optimis bahawa prestasi perdagangan Malaysia akan melepasi paras satu trilion pada tahun ini, walau pun suku ketiga dijangka lembap, kata Timbalan Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pasaran perdagangan baharu, peningkatan perdagangan sesama negara Asean serta pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan Asia Barat akan menyeimbangkan dengan kemelesetan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara perdagangan tradisi negara ini.

"Ya, sumbangan perdagangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga dijangka rendah tetapi ia tidak boleh dikatakan satu corak. Perdagangan sentiasa dilakukan turun naik dan keadaan sekarang hanya boleh dikatakan satu corak jika ia berterusan beberapa sukuan tertentu."

"Tahun ini, kami kekal dengan sasaran RM1.0 trilion. Sehingga ini, kita hampir mencapai sasaran itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Perniagaan Muda Asia Pasifik 2012 di sini, Isnin.

Perdagangan keseluruhan Malaysia pada 2011 mencecah RM1.269 trilion, atau meningkat 8.7 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya - iaitu perdagangan keseluruhan paling tinggi pernah dicatatkan.

Mukhriz berkata, selain eksport yang besar ke China dan India, Malaysia juga akur dengan rantau Timur Tengah yang pantas berkembang sebagai satu kawasan pertumbuhan berpotensi bagi perdagangan.

Katanya perdagangan lebih meluas antara Malaysia dan rantau itu akan dilaksanakan dengan menjalin hubungan lebih rapat dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). GCC adalah ikatan enam negara di Teluk Parsi - iaitu Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain dan Oman. "GCC boleh merungkai banyak potensi baharu perdagangan dengan Malaysia."

"Kita juga telah melabur di dalam beberapa negara di Timur tengah. Pelaburan ini juga akan meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan negara-negara berkenaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan