BN Yakin Menang Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang berikutan sambutan yang baik daripada rakyat semasa lawatan pemimpin-pemimpin parti ke negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika berlaku tsunami politik di sana, adalah mustahil bagi BN untuk mendapatkan kembali Kelantan.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog di Konvensyen Kepimpinan Sarjana Muda Kebangsaan di sini, Ahad.

Seorang pelajar bertanya jika BN mampu untuk mendapatkan kembali empat negeri yang telah dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya umum lepas.

"Itu adalah doa dan usaha kita. Kami telah bekerja keras dan kita telah melihat perubahan ketara di kebanyakan negeri, termasuk Kelantan," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata semasa lawatan beliau ke negeri itu baru-baru ini, beliau menyaksikan "sambutan luar biasa" daripada rakyat terhadap Umno.

Beliau berkata rakyat Kelantan tahu bagaimana PAS tidak dapat mentadbir negeri, yang dapat dibuktikan dengan kegagalan parti itu menyelesaikan masalah seperti kemiskinan, kekurangan infrastruktur dan kebajikan penduduk miskin.

Perhimpunan itu melibatkan kira-kira 3,500 orang pelajar yang mewakili 20 institusi pengajian tinggi awam, tujuh kolej swasta dan 67 wakil Kelab Umno luar negara.

Di PASIR PUTEH, Ketua Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN akan membariskan beberapa ulama sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang, seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata mereka terdiri daripada mereka yang telah menyumbang kepada parti dan negara. "Kami telah mengenal pasti nama-nama mereka," katanya, sambil menambah nama-nama calon akan diumumkan awal untuk membenarkan orang ramai menilai keupayaan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan