AES Bukan Ubah Peraturan Jalan Raya Sedia Ada

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mengubah undang-undang atau peraturan jalan raya sedia ada yang dikenakan terhadap pesalah lalu lintas, kata Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahmad Nasir Abdul Gani.

"Masalahnya terdapat di kalangan orang ramai yang keliru dan menganggap AES adalah undang-undang atau peraturan baru," katanya kepada peserta Program Memperkasakan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Zon Tengah di sini, Isnin.

Mengambil contoh hukuman saman kerana melanggar lampu merah, beliau berkata dendanya tetap sama iaitu RM300 dan kadang-kala pemandu mungkin terlepas daripada penguatkuasaa undang-undang berikutan tiada pemantauan 24 jam, sedangkan menerusi AES pemandu diawasi menerusi kamera.

Jelas beliau penerima saman AES juga masih boleh merayu seperti sebelum pelaksanaan AES dengan syarat mengemukakan bukti yang kukuh.

"Jika terpaksa memandu melebihi had laju kerana perlu menghantar isteri yang hendak bersalin ke hospital, mereka perlu mengemukakan bil hospital bersama surat rayuan mereka untuk dipertimbangkan," katanya.

Berhubung laporan terdapat lebih 60,000 imej kesalahan jalan raya yang dirakamkan AES sejak September lepas, Ahmad Nasir berkata ia akan diteliti untuk pengesahan sebelum saman dikeluarkan.

"Setiap imej kesalahan lalu lintas yang dirakamkan oleh kamera AES akan dihantar ke pusat kawalan di Glenmarie dan Damansara untuk disahkan oleh pegawai JPJ terlebih dahulu, sebelum saman yang sah dikeluarkan jabatan itu dan dihantar kepada pesalah trafik melalui surat berdaftar," katanya.

Ahmad Nasir berkata AES diperlukan bagi mengurangkan kemalangan dan kadar kematian di jalan raya yang tinggi di negara ini, iaitu 19 orang sehari.

Pelaksanaan AES diharapkan dapat mendidik pemandu di negara ini supaya lebih berhati-hati di jalan raya memandangkan jumlah kenderaan berdaftar mencecah 22 juta dengan peningkatan 10 peratus kenderaan baru, setiap tahun.

Setakat ini terdapat 14 kamera AES di pasang di jalan raya dan lebuh raya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Putrajaya.

Program Memperkasakan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan selama dua hari, bermula hari ini dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK Datuk Dr Rothiah Omar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan