Adun Permatang Dakwa Kerajaan Selangor Sekat Usaha Syabas Kurangkan NRW

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional di Selangor mendakwa kerajan negeri menyekat usaha Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) di negeri itu sejak 2009.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyekat perbelanjaan modal ataupun Capital Expenditure (Capex) mengakibatkan syarikat konsesi air berkenaan tidak mampu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan untuk mengurangkan kadar NRW.

"Kerajaan negeri membekukan semua Capex yang mengkhususkan kepada kerja-kerja pemulihan paip NRW sejak 2009. Justeru, kerajaan negeri tidak boleh menyalahkan Syabas atas kegagalan mengurangkan NRW, tetapi sepatutnya ditanggung oleh kerajaan negeri sendiri," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini, Isnin.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Karim Mansor (BN-Tanjung Sepat) pada persidangan DUN, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui perjanjian antara Syabas, kerajaan negeri dan kerajaan pusat, Syabas perlu mengurangkan kadar NRW kepada paras 27 peratus pada 2009, 19 peratus pada 2012, dan sebanyak 15 peratus pada 2015. "NRW yang dicapai pada 2012 ialah sebanyak 32.6 peratus. Apa yang jelas, Syabas tidak fokus kepada apa yang dipanggil 'water resources management'," katanya. Dewan turut menjadi tegang seketika apabila Abdul Khalid menuduh Sulaiman sebagai wakil Syabas ketika bangun untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu NRW di Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan