Pengantin Muda Dari Kedah Sedia Hidup Berkeluarga

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Fahmi Alias dan Nor Fazira Saad.
Mohd Fahmi Alias dan Nor Fazira Saad.

KULIM: Pengantin muda, Mohd Fahmi Alias​​, menolak tanggapan bahawa tindakannya mengahwini Nor Fazira Saad yang hanya akan berusia 13 tahun bulan depan didorong oleh nafus dan tidak akan bertahan lama.

Mohd Fahmi, 19, yang membantu bapanya menjalankan perniagaan keluarga mengangkut minyak sawit berkata, beliau mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga tidak akan menghalang isteri mudanya untuk meneruskan pengajian.

"Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya berjanji untuk menjaganya sepanjang hidup saya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit di Padang Serai, dekat sini, pada Sabtu.

Sementara itu Nor Fazira berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan hidup Mohd Fahmi.

Pasangan itu telah diakadnikahkan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November selepas Mahkamah Syariah di Kulim memberikan persetujuan pada 7 November.

Keluarga pengantin lelaki juga sudah mengadakan keduri doa selamat sebagai sebahagian daripada tradisi menyambut menantu.

Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai persepsi masyarakat mengenai perkahwinan mereka, Mohd Fahmi berkata: "Adalah lebih baik berkahwin awal berbanding jika menjalinkan hubungan yang haram.

"Sejak keluarga kami memberi restu, tidak ada sebab untuk kami terus melambatkan penyatuan ini," katanya, sambil menambah bahawa mereka telah dikenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun.

Nor Fazira, yang menamatkan persekolahan selepas UPSR tahun lepas, berkata dia bercadang untuk meneruskan pengajian selepas suaminya memberi galakan untuk berbuat demikian.

"InsyaAllah, saya akan meneruskan pengajian menengah saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan