Pencapaian Wanita Muda Malaysia Luar Biasa - Rosnah

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan pencapaian wanita muda Malaysia kini adalah 'luar biasa' kerana mereka mampu mencipta pelbagai kejayaan setanding golongan lelaki.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dan memberi mereka pelbagai peluang yang sama rata dengan golongan lelaki, termasuk dari segi kerjaya dan pendidikan.

"Berbeza dengan negara lain, Malaysia antara negara yang mengiktiraf peranan serta sumbangan kaum wanita, dan tidak pernah meminggirkan wanita," katanya pada majlis Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata justeru, wanita muda perlu sedar tentang peranan serta tanggungjawab mereka kepada pembangunan negara dan membantu menjayakan segala pelan transformasi kerajaan.

"Wanita muda Malaysia merupakan wanita alaf baharu pada abad ke-21 yang sentiasa berusaha mencipta kejayaan," katanya.

Selain itu, Rosnah berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan tahun lepas, 13.8 juta daripada 28.3 juta penduduk Malaysia adalah wanita dengan 6.5 juta daripadanya merupakan golongan muda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan 12 Anugerah Kesatria Puteri sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita muda.

Antara penerima ialah penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Anugerah Kesatria Puteri Kesenian) dan penyampai sukan televisyen Jay Menon (Anugerah Kesatria Puteri Personaliti TV) manakala Anugerah Kesatria Puteri Kerjaya diberi kepada Kapten Norashikin Onn.

Norashikin, yang berkhidmat sebagai juruterbang selama lebih 17 tahun dan kini bertugas di Jabatan Operasi penerbangan AirAsia ketika ditemui berkata wanita perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu untuk terus berjaya.

"Kita tak boleh diam sahaja... kena tahu segala perkembangan semasa. Wanita di Malaysia sekarang dah semakin maju dan berjaya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan