Konspirasi Singkir Saya Adalah Rekaan- Karpal

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata.

Beliau berkata dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya.

"Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini. Tidak ada masalah (di dalam parti), ini semua rekaan. Ini adalah salah satu daripada demokrasi. Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini.

"Tiada masalah...macam-macam (akan berlaku) walaupun pilihan raya umum, pilihan raya satu parti politik...ini biasa. Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP, Tan Tuan Tat, yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan