Umno Kelantan Dedah Penyelewengan PAS Pada Perhimpunan Agung Umno

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek berkata, Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi.

Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, Jumaat.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kemenangan Barisan Nasional di Kelantan pada pilihan raya ke-13 akan datang amat penting bagi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam.

Pada majlis itu, lebih 100 kenderaan termasuk bas dan motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah itu yang membawa slogan "Gelombang Merah" yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan