Sabah Henti Pengeluaran Permit Kerja Wanita Tukang Urut Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah akan membekukan pengeluaran permit pekerja wanita tukang urut Filipina bermula 1 Januari ini setelah ramai golongan isteri tempatan menyalahkan mereka terhadap masalah perpecahan keluarga.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata, keputusan itu dibuat dengan tidak membenarkan pusat spa dan refleksologi menggunakan khidmat wanita dari Filipina selepas perbincangan dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mereka telah menerima banyak aduan daripada golongan isteri tempatan tentang pekerja wanita Filipina yang mempunyai hubungan dengan suami mereka.

"Terdapat juga banyak laporan tentang beberapa buah pusat refleksologi ini menjadi tempat untuk aktiviti tidak bermoral, termasuk menyediakan perkhidmatan seks.

"Inilah sebabnya mengapa kita telah memutuskan untuk membekukan pengeluaran permit kerja untuk wanita dari Filipina," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Mohammad berkata kini terdapat seramai 807 warga asing berdaftar yang bekerja di pusat spa dan refleksologi di seluruh negeri.

Beliau berkata, 531 daripada mereka adalah dari China, 188 dari Filipina, 72 dari Thailand dan 16 dari Indonesia.

Mohammad juga mendedahkan, berkuatkuasa mulai tahun depan, pengendali pusat spa dan refleksologi perlu mengisi kuota pekerja asing mereka dalam tempoh enam bulan berbanding amalan semasa yang ditetapkan selama dua tahun.

"Ini bermakna apabila kuota untuk mengambil pekerja asing diluluskan, mereka perlu mengisinya dalam tempoh enam bulan dan jika mereka tidak lakukan, kelulusan itu akan dibatalkan secara automatik," katanya, sambil menambah langkah itu bagi memastikan pengusaha tidak tidak menyalahgunakan permit.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan