Negara Perlu Sediakan Pelapis Muda Pertanian - PM

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan semasa menaiki trem pada Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012. Turut hadir Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi (tengah,belakang) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan semasa menaiki trem pada Majlis Perasmian Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012. Turut hadir Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi (tengah,belakang) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan). -fotoBERNAMA

SERDANG: Negara perlu menyediakan pelapis di kalangan generasi muda untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang pertanian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini bagi membolehkan proses pembangunan semula dalam pertanian dapat diperlihatkan memandangkan bidang tersebut mempunyai potensi besar untuk dimajukan.

Justeru itu, katanya selain mampu menarik minat generasi muda, pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 perlu menjadi pencetus kepada minda yang inovatif kepada semua yang terlibat dalam sektor pertanian.

"Bagaimana kita boleh menggunakan dan mengaplikasikan teknologi dan cara yang inovatif supaya daya pengeluaran pertanian dapat dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

"Kalau kita datang dan hadir ke pameran dan tidak membawa balik bersama pemikiran baharu dalam minda maka pameran besar seumpama itu belum mencapai objektifnya," kata Perdana Menteri semasa berucap merasmikan MAHA 2012 di sini Sabtu.

Menyedari akan kepentingan bidang pertanian serta potensi industri tersebut secara menyeluruh, Perdana Menteri berkata kerajaan buat pertama kalinya memberi peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM5.8 bilion dalam Belanjawan 2013.

Beliau berkata sektor pertanian akan terus dipacu bagi meningkatkan pendapatan negara bagi projek seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi, selain memastikan kelestarian bekalan makanan terjamin.

Najib turut menyentuh beberapa pendekatan dan kaedah inovasi yang sedang diaplikasikan sebagai memberi gambaran bagaimana besarnya potensi bidang pertanian.

"Misalnya aktiviti ternakan ikan empurau, sejenis ikan air tawar yang hampir pupus di Sarawak, mampu menjana pendapatan lumayan dan secara langsung boleh memberi manfaat kepada penduduk pedalaman di negeri tersebut.

"Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan empurau dan harga seekor ikan empurau matang seberat tiga kilogram boleh mencecah antara RM2,800 hingga RM3,000".

Selain itu, Najib berkata sebuah syarikat Amerika Syarikat berminat untuk melabur bagi melaksanakan projek Akuakultur Udang Karang Bersepadu di Semporna, Sabah yang dijangka mampu meraih pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Beliau berkata saranan yang dibuat beliau pada MAHA 2010 bahawa transformasi atau pun perubahan bersifat berketerangkuman atau inklusif perlu untuk membawa perubahan besar kepada bidang pertanian, telah menghasilkan banyak kejayaan membanggakan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap golongan peladang, penternak dan nelayan dapat mencontohi kejayaan penerima Anugerah Perdana Menteri seperti Mohd Zakiron Zahid dari Kelantan yang menjadi pengusaha kilang padi, kilang beras, kilang dedak, kedai beras serta projek pertanian lain dan projek bukan pertanian yang memberikan hasil pendapatan pada tahun lepas melebihi RM10 juta.

Katanya sementara Abdul Kadir Ibrahim dari Pahang yang menjadi awak-awak pada usia 14 tahun telah menggunakan pinjaman membeli bot pertama dengan harga RM70,000 kini memiliki tiga buah bot yang bernilai RM1 juta, diusahakan secara sendiri dan perkongsian yang digunakan untuk aktiviti pendaratan hasil tangkapan ikan berjaya menghasilkan pendapatan RM50,000 sebulan.

"Ini membuktikan sektor yang dahulunya dianggap tidak mampu memberikan pulangan lumayan dan kisah kejayaan pemenang anugerah pada hari ini harus dihayati serta dijadikan contoh," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata untuk membangunkan generasi muda dalam sektor pertanian, sektor itu perlu dilihat dengan kanta dan keyakinan baharu dan dibangunkan dengan azam, semangat serta agenda baharu.

"Untuk golongan muda, kementerian juga menyediakan ruang khas iaitu "Belia Dalam Bidang Pertanian" bagi pengunjung mengetahui kisah kejayaan usahawan muda dalam bidang pertanian.

"Selain itu, kementerian telah menghimpunkan lebih 40 orang usahawan muda yang berjaya dalam perusahaan berasaskan pertanian. Dengan adanya penglibatan generasi muda, saya berharap ia dapat menarik lebih ramai golongan tersebut menceburi bidang pertanian sebagai satu kerjaya," katanya.

MAHA 2012 yang bermula Jumaat sehingga 2 Disember menyaksikan penyertaan 2,240 syarikat tempatan dan antarabangsa, mensasarkan tiga juta pengunjung dan dijangka mencatatkan jualan semasa sebanyak RM25 juta serta unjuran pesanan jualan melebihi RM113 juta sepanjang 10 hari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan