Dua Bekas Pemimpin DAP Bidas Ronnie Liu, Teresa Kok

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua bekas pemimpin akar umbi DAP membidas Exco Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu dengan mendakwa mereka sebagai pakar "menutup kesalahan".

Ahli DAP Serdang Yap Kon Min yang dipecat berkata beliau mengemukakan tiga surat aduan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, yang mana setiap satunya diwakilkan kepada Kok dan Liu.

"Saya menerima balasan bagi setiap tiga surat saya, semuanya bertarikh 23 Mei dari pejabat menteri besar mengatakan bahawa Kok dan Liu akan meneliti perkara itu.

"Tetapi telah enam bulan berlalu dan tidak ada perkembangan," katanya kepada pemberita Jumaat.

Yap telah membuat aduan terhadap Ahli Majlis Kajang Lee Kee Hiong, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tiew Way Keng dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching di atas tiga isu berasingan.

Yap berkata Lee dan Lim telah memfailkan saman undang-undang yang berasingan terhadapnya, yang akan didengar bulan depan.

"Saya telah didakwa, dan saya akan melawan di mahkamah. Orang kata saya telah mengambil wang daripada MCA, tetapi saya bersumpah saya tidak pernah mengambil satu sen pun," katanya.

Beliau berkata Kok dan Liu, yang juga pemimpin tertinggi dalam DAP Selangor, tidak menunjukkan rasa hormat kepada menteri besar kerana mengabaikan arahan beliau.

"Sebelum 2008, DAP sentiasa mengkritik kerajaan negeri Barisan Nasional. Tetapi apa yang telah berlaku sekarang? Pemimpin DAP lebih teruk dan mereka hanya bijak berselindung dan menyembunyikan perkara," katanya.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra R. Vellasamy yang telah dipecat daripada parti pada April berkata kepimpinan tertinggi DAP hanya berminat mencari publisiti.

"Apabila isu Batu Caves berbangkit, Lim Kit Siang dan Kok pergi. Tetapi tahun lepas, Kuil Sri Mahamariamman di Sepang di bawah ancaman untuk dirobohkan tetapi tidak seorang pun daripada mereka datang.

"Mengapa? Kerana mereka tidak pergi ke Batu Caves untuk membantu kuil, tetapi untuk mendapatkan publisiti," katanya.

Pengurusan Kuil Batu Caves telah mengancam untuk menyaman kerajaan negeri kecuali pembinaan projek kondominium 29 tingkat di sebelah warisan Unesco itu ditangguhkan.

Projek yang dirancang dihentikan sementara berikutan perintah daripada kerajaan negeri untuk menjalankan ujian tanah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan