Belia Perlu Bijak Saring Maklumat, Tafsir Fakta - Rosmah

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima cenderahati daripada Jurucakap Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan, Hafiz Ariffin di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Mahasiswa Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Biro Kelab Umno Luar Negara (kiri). -fotoBERNAMA
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima cenderahati daripada Jurucakap Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan, Hafiz Ariffin di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Mahasiswa Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Biro Kelab Umno Luar Negara (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata golongan belia perlu bijak menyaring maklumat dan menafsir fakta agar segala informasi yang diterima benar-benar sahih dan diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Jika tersalah maklumat, kita bukan hanya sekadar menyebarkan fitnah, malah dikhuatiri akan merosakkan cara pemikiran dan persepsi kita terhadap sesuatu perkara.

"Dari itu, gunakanlah segala ruang dan peluang yang tersedia untuk menjadi belia yang terbaik bagi melestarikan apa yang sudah dan bakal kita kecapi," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Transformasi Mahasiswa Memperkasakan Bangsa di sini Sabtu.

Majlis anjuran Biro Institut Pengajian Tinggi Umno dan Kelab Umno Luar Negara itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Rosmah juga menyeru golongan itu untuk terus dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar dapat melahirkan kelompok cerdik pandai yang akan mampu menongkah arus transformasi negara.

"Ini penting kerana cabaran yang bakal ditempuhi memerlukan anda mempunyai daya kecerdasan yang pelbagai, termasuklah keupayaan kemahiran insaniah bagi memastikan anda mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan di pentas yang lebih mencabar," katanya.

Lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara menghadiri majlis. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan