Ramai Kanak-Kanak Lelaki Alami Penderaan Seksual Di Rumah Anak Yatim - NGO

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebuah NGO mendakwa bahawa semakin ramai kanak-kanak lelaki di bawah umur didera secara seksual di rumah kebajikan di Durian Daun.

Presiden Persatuan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) Muhammad Khairul Hafiz mendakwa tiga kanak-kanak lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun, telah membuat laporan polis pada 12 November di ibu pejabat polis negeri di sini.

"Mangsa berkata, mereka disuruh melakukan masturbasi di hadapan pegawai kanan dan bermain-main dengan alat sulitnya," katanya.

Muhammad Khairul berharap pelaku akan ditahan tidak lama lagi.

Sekolah tersebut adalah rumah kepada kira-kira 150 kanak-kanak lelaki di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini bukan kali pertama laporan telah dibuat terhadap pekerja di situ.

Pada bulan Julai, Perbak mendakwa pegawai-pegawai kanan di rumah yang sama telah meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap kira-kira 150 penghuni di bawah umur.

Pada masa itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bahagian kanak-kanak) Saidatol Aini Jafri berkata jabatan itu akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam siasatan mereka.

"Kami prihatin terhadap dakwaan itu dan akan bekerjasama rapat dengan pihak polis," katanya yang kemudiannya dipetik sebagai berkata.

Muhammad Khairul mendakwa dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan.

"Tahun ini sahaja beberapa laporan polis telah dikemukakan oleh anak-anak yatim yang telah diliwat oleh pegawai-pegawai. Para pegawai semakin kurang ajar kerana tiada tindakan telah diambil walaupun banyak laporan polis telah dibuat," dakwanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Superintndan PR Gunarajan mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan sedang dijalankan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata pihaknya akan menjalankan siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan