Pemecatan Anggota Isyarat Jelas Umno Tiada Tolak Ansur Sabotaj Parti - Berita Semasa | mStar

Pemecatan Anggota Isyarat Jelas Umno Tiada Tolak Ansur Sabotaj Parti

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemecatan dua anggota Umno Bahagian Semporna, Sabah hari ini kerana bersalah mensabotaj parti, memberi isyarat jelas kepada semua anggota bahawa pucuk pimpinan parti sama sekali tidak akan bertolak-ansur dengan perbuatan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan tegas menyatakan bahawa tiada ruang untuk mana-mana anggota yang tidak setia dan mensabotaj parti.

"Ini adalah isyarat kepada anggota kita menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Jika didapati bahawa ahli kita terbukti mensabotaj parti atau telah menyokong parti pembangkang dan tidak menyokong calon Umno atau tidak menyokong dasar Umno dan Barisan Nasional (BN) atau menentang kita kami tidak akan teragak-agak untuk melucutkan keahlian mereka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Tabung 'Save Gaza Aman Malaysia' anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia dan Pemuda BN yang bertujuan mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak seminggu lepas.

Khairy diminta mengulas pemecatan Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah serta Haji Nisfu Haji Palah yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata mana-mana anggota yang mensabotaj parti kerana kepentingan tertentu juga perlu diberi pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti.

Mengulas mengenai gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula 3 pagi ini waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi, beliau berharap perjanjian itu menjadi permulaan baik untuk mencari kedamaian jangka panjang di negara Asia Barat itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan